Mendisplinkan diri
Terdapat beberapa kepentingan mematuhi papan tanda di jalan
raya. Antaranya, kita dapat mendisplinkan diri ketika menggunakan jalan raya. Apabila
kita berada di jalan raya, kita mestilah ingat bahawa terdapat undang undang
keselamatan jalan raya. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memudahkan
kerja pihak kerajaan dengan mematuhi papan tanda jalan raya. Bukan itu sahaja,
malah kebaikan dan keselesaan kita sendiri.
Melancarkan trafik lalu lintas
Seterusnya, papan tanda jalan raya melancarkan laluan trafik
laluan lintas. Lazimnya papan tanda “ dilarang melatakkan kendaraan “ diletakkan di beberapa kawasan tertentu untuk
mengelakkan berlakunya kesesakan. Jika jalan tersebut dipenuhi dengan
kenderaan, pastinya kesesakan yang berlaku akan berlarutan. Pastinya keadaan ini akan menyusahkan
pengguna yang lain. Lebih lebih lagi jika terdapat ambulan yang membawa pesakit
yang cedera parah dan memerlukan rawatan segera, tersekat di jalan raya kesan
daripada pengguna yang tidak mematuhi papan tanda jalan raya.
Mengelak berlakunya kemalangan
Selain itu, kepentingan papan tanda jalan raya ialah
mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nnyawa orang tersayang. Sering
erpapar di media massa yang terdiri daripadamidea elektronik dan media cetak
akan tragedi-tragedi yang menyayat hati
yang kebanyakkannya berpunca daripada pemandu pemandu yang tidak
bertanggungjawab tidak mematuhi papan tanda jalan raya seperti mengurangkan had
laju dan kanak kanak melintas di hadapan. Tragedi ini menyebabkan nyawa-nyawa
insan yang tidak bresalah turut terlibat.
Meningkatkan ekonomi negara
Di samping itu, kita dapat meningkatkan ekonomi Negara. Ini menggalakkan
kita sebagai rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan Negara sendiri dan
menggalakkan pelancong asing untuk melawat Negara kita. Pelancong asing akan tertarik
dengan keharmonian Malaysia. Apabila ramai pelancong yang hadir, semakin
banyaklah hotel-hotel dan kemudahan yang disediakan. Apabila pelancong asing
menggunakan perkhidmatan yang Malaysia jalankan, ia akan mendatangkan
keuntungan kepada Malaysia. Bukan sahaja Negara, ia dapat mengurangkan kadar
penganguran di Malaysia. Hal ini kerana apabila semakin banyak hotel hotel yang
dibuka, semakin ramai pekerja yang diperlukan.